Tuesday, February 23, 2010

SEJARAH & LATARBELAKANG

Sekolah Kebangsaan Tema adalah merupakan sebuah sekolah terawal dikawasan Daerah Kecil Tebedu dan telah ditubuhkan pada mulanya oleh pihak mubaligh sekitar tahun 1948. Pengasas sekolah mubaligh ini adalah En. Hycinth Karut yang berasal dari Kampung Lobang Batu, Mongkos. Beliau juga seterusnya adalah Guru Besar yang pertama disekolah ini.

Setelah beberapa tahun beroperasi dan diatas sebab-sebab tertentu, pentadbiran sekolah ini telah dialihkan kepada Majlis Daerah Serian dan diberi nama Tema Council School pada tahun 1961.

No comments:

Post a Comment