Wednesday, January 20, 2016

Merentas Desa Peringkat Bahagian


Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Jeline Ak Danyus yang telah mendapat tempat ke 7 keseluruhan. Acara ini berlangsung di SK Pati,Serian pada 19/1/2016.





Sunday, January 17, 2016

Majlis Perpisahan En. Kemos


Dari kiri En. Sulis Ak Lihi (YDP PIBG), tengah, En. Kemos Ak Mingong ( Guru Besar SK Sungai Rimu), kanan, En. Yahya Bin Rosli ( Guru Besar SK Tema).

En. Kemos merupakan mantan guru besar SK Tema, kini beliau meneruskan tugas sebagai guru besar di SK Sungai Rimu. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada beliau. Terima kasih diatas sumbangan selama 10 tahun mencurahkan bakti di SK Tema.

Thursday, January 7, 2016

Tuesday, February 23, 2010

SEJARAH & LATARBELAKANG

Sekolah Kebangsaan Tema adalah merupakan sebuah sekolah terawal dikawasan Daerah Kecil Tebedu dan telah ditubuhkan pada mulanya oleh pihak mubaligh sekitar tahun 1948. Pengasas sekolah mubaligh ini adalah En. Hycinth Karut yang berasal dari Kampung Lobang Batu, Mongkos. Beliau juga seterusnya adalah Guru Besar yang pertama disekolah ini.

Setelah beberapa tahun beroperasi dan diatas sebab-sebab tertentu, pentadbiran sekolah ini telah dialihkan kepada Majlis Daerah Serian dan diberi nama Tema Council School pada tahun 1961.